Sunday, August 22, 2010

PENANGGUHAN KELAS

SALAM RAMADAN.
Kelas pada hari Rabu (25 Ogos 2010) terpaksa ditangguhkan. Cikgu mohon maaf kerana khidmat cikgu diperlukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari tersebut untuk mengendalikan ceramah dan bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan.

Oleh itu, diharapkan pelajar yang membaca entri ini dapat memaklumkan hal ini kepada rakan-rakan yang lain.

KELAS GANTI AKAN DIMAKLUMKAN SEGERA. CIKGU AKAN BERBINCANG DENGAN KETUA KELAS DPI (PUKUL 3) - FIRDAUS DAN KETUA KELAS TAHFIZ (PUKUL 4) - SYADAT. DAPATKAN INFO TENTANG KELAS GANTI DARIPADA MEREKA BERDUA.

HARAP MAKLUM.

Thursday, August 19, 2010

CONTOH MINIT MESYUARAT DAN CONTOH KERTAS KERJA

CONTOH MINIT MESYUARAT DAN KERTAS KERJA TELAH DIE-MELKAN KE 'INBOX' E-MEL CIKGU. SILA KE E-MEL CIKGU UNTUK MENDAPATKANNYA SEBAGAI BAHAN RUJUKAN DAN SIMPANAN.

Langkah 1 - Ke Yahoo.
Langkah 2 - Klik 'Mail'
Langkah 3 - Taip 'munsyidewan@yahoo.com'
Langkah 4 - Taip 'bahanceramah' sebagai kata laluan
Langkah 5 - Pada "inbox', ada dua fail dan bahan-bahannya dilampirkan.

Bahan/Contoh ini akan dibuang daripada 'Inbox' seminggu lagi. Sila bertindak segera. Terima kasih.
Salam Hormat,
Cikgu Azhar.

Wednesday, August 18, 2010

PENGELOLAAN AKTIVITI

Bagaimana Untuk Menjayakan Sesebuah Persatuan di Sekolah ?
~ Guru penasihat dan pihak pentadbir sekolah memainkan peranan.
~ Minat, komitmen dan kesungguhan.
~ Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan di sekolah.
~ Dilaksanakan secara mingguan, bulanan, semester, penggal dan tahunan.


CONTOH AKTIVITI PERSATUAN DAN KELAB
v Kuiz
v Perbahasan
v Pameran
v Pertandingan Berasaskan Kriteria tertentu
v Seni Lukis
v Kesenian (contohnya, dikir barat, boria dan sebagainya)
v Lawatan Ekspedisi


TUJUAN PERTANDINGAN DAN AKTIVITI DALAM PERSATUAN KOKURIKULUM
1.Menentukan pencapaian seseorang pelajar.
2.Memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat.
3.Pelajar akan berusaha untuk memenangi sesuatu pertandingan.
4.Melatih pelajar membuat perancangan dan melaksanakan dengan teratur.
5.Beri peluang menunjukkan bakat dan kebolehan pelajar.
6.Mengimbangkan antara akademik dan kurikulum.

7.Menanamkan semangat:
üKekitaan
üKerjasama
üBerani
üDisiplin
üYakin
üSabar
üTegas


JENIS-JENIS AKTIVITI DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
v Olahraga Tahunan
v Lawatan
v Perkhemahan
v Rekreasi
v Seminar / Forum / Dialog / Persidangan
v Kawad
v Pesta Kebudayaan
v Pameran


PERKHEMAHAN
1. Perkhemahan melibatkan aktiviti seperti :
v Program Motivasi
v Kursus
v Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform
2. 100% peserta tidur di dalam Khemah
3. Pergerakan Pengakap mula-mula mempelopori aktiviti perkhemahan pada tahun 1907 di Pulau Browsea.
4. Lebih di kenali sebagai ‘JAMBORI’.
5. Diadakan di peringkat daerah, negeri dan negara.


KEJOHANAN OLAHRAGA
1.Kejohanan diadakan di peringkat daerah, negeri dan negara.
2.Terdapat 3 jenis permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan, iaitu:
Sukaneka
Acara Balapan
Acara Padang
•Sukaneka – Dilaksanakan di sekolah rendah bagi pelajar tahap 1- aktiviti seperti lari dalam guni, pecah belon dan sebagainya.
•Acara Balapan - Acara 50 meter, 100 meter, 200 meter, 1000 meter, 4x50 meter, 4x100meter, lompat berpagar sebagainya.
•Acara Padang - Permainan seperti lontar cakera, merejam lembing, lontar tukul besi dan sebagainya.


LAWATAN
1.Merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah dan berkesan.
2.Memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung.
3.Lawatan ke tempat-tempat bersejarah, institusi pendidikan, kilang perusahaan dan sebagainya.


PROSEDUR MENGENDALIKAN AKTIVITI
Perancangan aktiviti bermaksud merangka, merancang, menyusun dan menyelaras tugas yang dirancang.
Mengendalikan aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal.
Langkah merancang program dan aktiviti ialah:
v Membuat kertas kerja
v Mengadakan mesyuarat penyelarasan
v Tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugas
v Mengadakan mesyuarat susulan
v Mengendalikan semua surat –mesyuarat
Mendapat kelulusan pihak sekolah dan JPN
Menentukan langkah-langkah keselamatan dan pemeriksaan doktor bagi peserta terutamanya aktiviti tahan lasak
Mengurus hal-hal berkaitan pengangkutan,peralatan yang diperlukan,kebenaran ibu bapa,permit pihak berkuasa.
Mengurus makan minum dan sebagainya.
Memberi taklimat kepada peserta mengenai tugasan yang hendak dilaksanakan dalam tempoh aktiviti tersebut.
Mengawasi dan menyelia semasa aktiviti tersebut dilaksanakan
Maklumbalas dan perbincangan mengenai tugasan yang diberikan kepada peserta selepas aktiviti tersebut dilaksanakan.


MENYEDIAKAN KERTAS KERJA
Merupakan cadangan atau perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti
Jawatankuasa perlu menyediakan kertas kerja atau perancangan.
Perkara-perkara seperti, bila, bagaimana, siapa dan sebagainya yang berkaitan dengan aktiviti.
Perkara Yang Perlu Dimasukkan
v Pendahuluan
v Objektif dan Matlamat
v Sasaran
v Tema
v Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan
v Tempat
v Dif Perasmian
v Bilangan Penyertaan
v Bayaran

v Syarat-syarat penyertaan/pertandingan
v Prosedur perlaksanaan
v Jawatankuasa Kerja
v Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan
v Program tentatif
v Perbelanjaan/kos
v Sumber Pendapatan/kewangan
v Penutup
v Lampiran


MENGENDALIKAN SURAT-MENYURAT
Amat penting bagi persatuan di sekolah-sekolah
Guru penasihat atau jurulatih persatuan perlu sentiasa mengutus surat rasmi
Antara surat-menyurat yang dilaksanakan oleh persatuan ialah:
1.Surat Siaran
2.Surat Kebenaran Ibu bapa
3.Permit pihak tertentu seperti polis (perkhemahan, pengembaraan)
4.Jabatan Pengangkutan Jalan
5.Pesuruhjaya Daerah, Pegawai Penjaga (OC), Pengerusi Daerah
6.Peraturan Keselamatan
7.Jabatan pendidikan Negeri.


PERATURAN & LANGKAH-LANGKAH PENGELOLAAN
Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum,beberapa perkara yg berkaitan dgn peraturan & langkah-langkah, perlu difikirkan oleh urusetia/pentadbir/jawatankuasa pengelola bg menentukan kejayaan sesuatu aktiviti.
Semua peraturan & langkah pengelolaan meliputi tiga peringkat iaitu:
-Sebelum aktiviti dilaksanakan.
-Semasa aktiviti dilaksanakan.
-Selepas aktiviti dilaksanakan.
Sebelum aktiviti dilaksanakan
-Tindakan yg perlu dilaksanakan oleh urusetia/jawatankuasa
antaranya adalah:
1) Senarai semak berlandaskan aktiviti yg dilaksanakan,
Contohnya; Sukan Tahunan Sekolah.
2) Taklimat kpd para peserta,
Contohnya; Aktiviti perkhemahan.


-Perkara yg perlu dibawa
-Tingkah laku semasa aktiviti
-Pakaian
-Surat kebenaran ibu bapa
-Pengangkutan
-Masa berlepas & dijangka tiba
-Keadaan tmpt berkhemah / berkelah melawat dsbnya.

Menyenaraikan bidang tugas bg setiap jawatankuasa.

KEPERLUAN SENARAI SEMAK
Senarai semak bagi sesuatu aktiviti sangat penting bagi menentukan tindakan yg dijalankan mengikut perancangan.
Dgn cara ini,pihak sekolah & jawatankuasa dpt mengesan masalah yg timbul,& tindakan yg belum dilaksanakan.
Oleh itu,langkah-langkah bg mengatasinya dpt diambil dgn segera.
Berikut adalah cth senarai semak bg kursus kepimpinan yg boleh diubahsuai & digunakan semasa mengendalikan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah/menengah.

SEMASA AKTIVITI DILAKSANAKAN
Dalam setiap aktiviti/pertandingan, pihak urusetia/komandan kem hendaklah memastikan beberapa langkah keselamatan antaranya:
1) Memastikan tmpt & peralatan aktiviti/ pertandingan selamat digunakan oleh peserta & para pegawainya.
2) Memastikan pegawai/pengadil/hakim sentiasa berada di tmpt pertandingan.
3) Mengedarkan borang pemarkahan kpd pengadil/hakim.
4) Memastikan semua peserta melapor diri kpd pengurus peserta.
5) Menyediakan peralatan pertandingan,aktiviti yg secukupnya bg setiap acara/aktiviti.
6) Mengawasi & memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.
7) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bg stp aktiviti/pertandingan.
8) Memberi taklimat kpd peserta mengenai acara, syarat pertandingan atau aktiviti & langkah-langkah keselamatan yg perlu diambil tindakan oleh stp peserta.


SELEPAS AKTIVITI DILAKSANAKAN
Selepas aktiviti dilaksanakan, penganjur/urusetia/Pengerusi Jawatankuasa Pengelola perlu memastikan beberapa perkara diselesaikan.
Fungsi Jawatankuasa Pengelola akan berakhir selepas laporan penilaian & laporan-laporan berkenaan diserahkan kepada guru besar atau pengetua.
Di bawah ini, terdapat beberapa perkara yg perlu diselesaikan slps sesuatu aktiviti dilaksanakan iaitu:
1) Membersihkan kawasan yg digunakan
2) Membayar semua bil & perbelanjaan.
3) Memastikan barang-barang/peralatan yg dibawa mencukupi.
4) Memastiakn semua peralatan yg dipinjam dipulangkan semula.
5) Memastikan semua peralatan & barang disimpan di tmpat asal.
6) Memastikan semua peralatan tidak tercicir di tmpt aktiviti.
7) Menyampaikan hadiah,cenderahati dan sijil kpd peserta.
8) Membuat laporan aktiviti,penyertaan,kewangan&laporan-laporan
lain yg difikirkan perlukan.
9) Menghantar surat pghargaan,kpd mereka yg telah memberikan
sumbangan & kerjasama spt penceramah,jurulatih,penaja &
sbgnya.


PENILAIAN DAN PELAPORAN
v Setelah sesuatu aktiviti di laksanakan selesai.
v Setiausaha jawatankuasa perlu memanggil mesyuarat post mortem bagi membincangkan aktiviti yang di laksanakan.
v Bertujuan untuk mendapat maklum balas dan di gunakan sebagai sempadan dan panduan.
v Menurut Vasudevan (1987)menyatakan penilaian bagi pentadbir adalah bertujuan:
Memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti atau program.
Mengetahui keberkesanan pelaksanaan dan tugas setiap jawatankuasa.
Tentukan jumlah program atau aktiviti yang di jalankan berbanding yang di sarankan.
Menggalakkan jawatankuasa menyesuai dan membaiki proses serta langkah-langkah melaksanakan tugas.
Menentukan agar semua operasi di jalankan mengikut rancangan yang telah di atur.
Menyemak pencapaian pentadbiran


PENILAIAN
Penilaian sesuatu program dan aktiviti boleh di laksanakan secara formal dan tidak formal.
1. Secara formal
Di laksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disedia dan di edarkan kepada peserta untuk mendapat maklum balas.
2. Penilaian secara tidak formal.
nDi lakukan melalui perbualan, temuramah atau sebagainya.
nDi lakukan secara tidak di rancang, semasa atau selepas aktiviti di laksanakan.

MENYEDIAKAN LAPORAN AKTIVITI
Antara perkara yang perlu dimasukkan dalam laporan aktiviti:
1.Pendahuluan
2.Tarikh dan masa
3.Tempat
4.Bilangan penyertaan (peserta/jurulatih/pegawai/pembantu)
5.Dif yang hadir (VIP)
6.Dif yang merasmikan (VVIP)
7.Jawatankuasa kerja dan jawatankuasa kecil
8.Laporan atur cara dan aktiviti yang telah di laksanakan
9.Laporan kewangan
10.Laporan jawatankuasa kecil
11.Penilaian keseluruhan
12.Masalah yang timbul
13.Pandangan dan cadangan untuk membaiki dan mengatasinya
14.Penutup.


MESYUARAT POST-MORTEM
Setiap jawatankuasa kecil perlu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu yang berkaitan peranan dan tugas jawatankuasa.
Antara perkara yang boleh dibincangkan ialah:
1.Pelaksanaan aktiviti
2.Masalah yang di hadapi
3.Cara menyelesaikan
4.Pendapat umum dan isu-isu lain.
Setiausaha berperanan untuk mencatat:
1.Pandangan
2.Kritikan
3. Cadangan

Sunday, August 15, 2010

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN TUGASAN INDIVIDU

SALAM RAMADAN.
Makluman Penting.
Tarikh akhir penghantaran tugasan individu (surat rasmi dan esei) adalah pada:
18 OGOS 2010 (RABU)

Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah menghantar tugasan tersebut.

TAJUK KULIAH SETERUSNYA:
Tarikh/Hari : 18 Ogos 2010/Rabu
PENGELOLAAN AKTIVITI

Sila baca buku Gerko Unit 5. Terima kasih.

PENGURUSAN MESYUARAT

PENGENALAN
Secara amnya, mesyuarat bermaksud :-
‘Mengadakan satu perhimpunan dengan tujuan untuk mengumpulkan idea atau penyatuan fikiran bagi mendapat keputusan’
Bentuk atau proses mesyuarat tersebut boleh dilaksanakan secara informal atau formal.
Contoh mesyuarat informal ialah perbincangan perkahwinan untuk mengadakan kenduri kahwin dalam masyarakat Melayu.


Mengendalikan mesyuarat satu perkara penting dalam pentadbiran dan pengurusan sebuah organisasi atau persatuan.
Setiap ahli dan pemimpin sebuah organisasi perlu mengetahui matlamat sesuatu mesyuarat diadakan , diharapkan mereka memainkan peranan sepenuhnya bagi mencapai matlamat mesyuarat itu sama ada sebagai ahli jawatankuasa atau ahli biasa sahaja.


Mengendalikan Mesyuarat

Mengadakan satu perhimpunan dengan tujuan untuk mengumpulkan idea atau penyatuan pemikiran bagi mendapatkan keputusan
Mesti mengikut agenda.
Pengerusi memainkan peranan yang penting.
Setiusaha mencatatkan butiran mesyuarat.
Menepati masa yang ditetapkan.

Sesuatu Mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk:

a) Menyelesaikan banyak tugas dan masalah berkaitan dengan organisasi atau persatuan.
b) Mewujudkan perhubungan dan perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat kata sepakat dan kerjasama.
c) Mengawal aktiviti dan kewangan organisasi atau persatuan dari semasa ke semasa.
d) Menyelaras dan membincangkan bidang tugas jawatankuasa atau pegawai dan kegiatan organisasi / persatuan.
e) Menyebarkan maklumat dan rancangan baharu kepada masyarakat atau ahli secara khususnya.
f) Mengetahui sokongan, kerjasama, tindak balas dan sambutan terhadap sesuatu isu atau persoalan dan aktiviti.
g) Membuat sesuatu keputusan atau mandat penting yang berkaitan dengan organisasi atau persatuan.
h) Merancang sesuatu strategi dan program atau mendapatkan idea-idea baharu bagi melaksanakan aktiviti organisasi atau persatuan.


Beberapa jenis mesyuarat yang biasa diadakan oleh persatuan. Antaranya ialah:-
a) Mesyuarat Agung Tahunan
b) Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar.

c) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
d) Mesyuarat Jawatankuasa Kecil / Biro
e) Mesyuarat Jawatankuasa Sementara (Ad Hoc)


Beberapa agenda perlu ada semasa Mesyuarat Agung Tahunan atau dwitahunan.
Antaranya ialah:
a) Ucapan pengerusi
b) Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung tahunan yang lepas.
c) Membentang dan menerima penyata tahunan yang lalu.
d) Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahun lalu
e) Memilih Jawatankuasa kerja yang bahru.
f) Membincangkan dan meluluskan usul dan cadangan.
g) Ucapan penangguhan


Notis mesyuarat Agung perlu diedarkan dalam tempoh 14 hari dan perlu ditandatangani oleh Setiausaha. Kourum bagi Mesyuarat Agung Tahunan ditentukan oleh perlembagaan dan undang-undang atau peraturan persatuan.

Terdapat dua cara menetapkan ahli kourum sesuatu mesyuarat iaitu:
1.Berpandukan pecahan atau peraturan keahlian seperti ¼ atau ½ daripada kesemua ahli: atau
2.Menetapkan bilangan seperti sekurang-kurangnya 40 orang, 20 orang dan sebagainya.


Agenda mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Kecil atau Biro ialah:
Ucapan Pengerusi
Mengesahkan minit mesyurat yang lepas .
Perkara-perkara yang berbangkit.
Agenda-agenda yang ingin dibincangkan atau laporan daripada Ketua Biro atau Pengerusi Jawatankuasa Kecil.
Hal-hal lain.

Tanggungjawab dan peranan pengerusi semasa mesyuarat ialah:
Memulakan mesyuarat setelah korum mencukupi dan pada waktu yang ditetapkan.
Semua perbincangan mengikut urutan agenda yang telah ditetapkan.
Pengerusi menutup mesyuarat dengan segera sekiranya perbincangan telah tamat
Memastikan setiausaha menaip minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua ahli


Tugas dan peranan setiausaha ialah:
a) Sebelum Mesyuarat
i.Berbincang dengan pengerusi untuk menyediakan agenda mesyuarat
ii.Menghantar surat jemputan atau notis mesyuarat lebih awal (Lihat Contoh)
iii.Memastikan tempat mesyuarat termasuk PA (siar raya) berfungsi.
iv.Menyediakan peralatan yang berkaitan seperti kertas,pen dan sebagainya (jika perlu)
v.Menyediakan minit mesyuarat yang lepas (terdahulu)

Menulis panggilan mesyuarat/Menulis Agenda
Hendaklah berbincang dengan pengerusi.
Surat panggilan hendaklah mengandungi logo persatuan, nombor rujukan,tarikh surat dan no telefon.
Surat panggilan mesyuarat hendaklah jelas : mengandungi tarikh, hari, masa dan tempat mesyuarat.
Agenda hendaklah dimasukkan dalam surat panggilan.


Tugas dan peranan setiausaha ialah:
b) Semasa Mesyuarat
i.Datang lebih awal ke tempat mesyuarat untuk memastikan semua persiapan tidak tergendala dan diatur dengan sempurna.
ii.Mencatat perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat dengan ringkas, tepat dan padat.
iii.Mengedar kertas borang kehadiran mesyuarat kepada semua ahli yang hadir.


c) Selepas Mesyuarat
i.Menyiapkan minit mesyuarat dengan seberapa segera.(lihat contoh)
ii.Mengedarkan minit mesyuarat berkenaan secepat mungkin untuk tindakan mereka yang terbabit.


Perkara yang perlu ditulis semasa menyediakan minit mesyuarat
Bil mesyuarat
Senarai kehadiran
Tarikh
Tempat
Minit-minit mesyuarat dicatatkan dengan ringkas mengikut agenda.
Dinyatakan tindakan seterusnya selepas dicatat sesuatu agenda.

SURAT-MENYURAT

Surat menyurat merupakan salah satu alat perhubungan yang utama dalam kehidupan manusia.
Contoh-contoh surat:-
Surat panggilan mesyuarat.
Surat pemberitahuan.
Surat permohonan.
Surat memanggil penceramah.

Format Umum Dan Perkara Asas Dalam Surat Rasmi

Logo, nama dan alamat sekolah/persatuan.
Nama jawatankuasa tertinggi persatuan (jika kepala surat dicetak khusus).
Nombor fail (rujukan kami dan rujukan tuan).
Tarikh.
Alamat penerima.
Mengadap atau membuka surat.
Perkara (tujuan surat itu ditulis).
Kandungan surat seringkas mungkin.
Ucapan terima kasih dan penghargaan.
Cogan kata (jika perlu).
Yang menurut perintah/yang menjalankan tugas.
Tandatangan.
Nama dan jawatan.
Salinan kepada (s.k) jika berkaitan.
Nama kependekan penulis/jurutaip.


Cara Menulis Dan Menyediakan Surat Rasmi

Kepala surat.
Nombor rujukan.
Tarikh.
Alamat penerima.
Perkataan “melalui”.
Mengadap atau pembukaan surat.
Tajuk surat.
Pembukaan dan kandungan surat.
Cogan kata.
Tandatangan, nama dan gelaran jawatan.
Salinan.
Kependekan (initial) nama penulis dan jurutaip.

SISTEM FAIL

Penting dalam urusan pentadbiran dalam mengurus sesebuah persatuan supaya berjalan lancar dan sempurna.
Antara contoh tugas :
1.Mengurus Kewangan
2.Surat – Menyurat
3.Menyimpan Fail
4.Mengadakan Mesyuarat

SISTEM FAIL
Penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah persatuan.
Digunakan untuk menyimpan rekod, dokumen penting persatuan, catatan dan keputusan yang telah dilaksanakan.


Apa itu fail

Mengikut Institut Aminuddin Baki- fail ialah proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpanan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir pada titik yang sama.


Kenapa sistem fail penting?

Melicin dan melancarkan perjalanan persatuan seterusnya menambahkan kecekapan mentadbir dan mengurus.
Menyimpan rekod/dokumen dengan lebih selamat.
Mudah dicari


Ciri-ciri sistem fail yang baik?

Dokumen mudah dicari

Sistem digunakan tidak kompleks
Sistem digunakan sesuai dengan keperluan organisasi.
Sistem fail tesebut boleh diubah suai jika perlu mengikut keperluan.
Sistem fail perlu melibatkan kos yang seminumum yang mungkin.
Dokumen perlu mendapat perlindungan keselamatan daripada kebakaran,kekotoran,bencana alam dan kebocoran rahsia.

Sistem fail menggunakan ruang yang paling minumum.

Pengelasan sistem fail

Sistem fail seharusnya dikelaskan dan diberi nombor kod yang sesuai dan teratur.
Fail boleh disusun mengikut tajuk-tajuk besar (Tahap Pertama)
Kemudian setiap tajuk dipecahkan kepada subtajuk atau tahap kedua sehingga kepada 99 atau lebih subtajuk. Seterusnya subtajuk berkenaan boleh kepada perkara atau tahap ketiga sehingga ke 99 atau lebih perkara.


Perkara Lain mengenai sistem fail

Sampul kecil- satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya tidak ditemui.

Fail ini mengandungi satu tajuk sahaja.
Fail ini tidak aktif
Kertas minit-Setiap fail seharusnya disediakan kertas minit-surat-surat yang dimasukkan ke dalam fail perlu direkodkan pada kertas minit.
Penutupan fail-fail hendaklah ditutup apabila telah mengandungi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal.penggunaan Jilid I dicatatkan pada nombor rujukan.seterusnya fail baru dibuka dengan menggunakan Jilid II dan nombor rujukan yang sama digunakan.

Wednesday, August 11, 2010

KULIAH GANTI

ASSALAMUALAIKUM. SALAM RAMADAN.
Untuk makluman semua pelajar Pengurusan Gerko (Kelas Pukul 3).

Kelas ganti akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:
HARI : JUMAAT (13 OGOS 2010)
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

Semua pelajar Kelas Pukul 3 (DPI) diminta hadir. Bagi pelajar Kelas Pukul 4 (Tahfiz) yang tidak hadir pada minggu lepas (Jumaat, 6 Ogos 2010), cikgu berharap agar dapat hadir. Diharapkan agar pelajar dapat membaca buku Pengurusan Gerko Bab 4 (Pengurusan Mesyuarat) sebelum hadir ke kelas. Kehadiran amat penting.

Tugasan Individu (Surat Rasmi dan Esei) boleh dihantar pada hari Jumaat ini.
Tarikh akhir penghantaran tugasan individu adalah pada 18 OGOS 2010. Tiada lagi penundaan tarikh penghantaran tugasan.

Harap disampaikan kepada rakan-rakan yang lain makluman ini. Terima kasih.

Monday, August 2, 2010

PENANGGUHAN KULIAH (4 OGOS 2010)

Salam sejahtera kepada semua pelajar Gerko (Tahfiz - Kuliah Pukul 4)

Kuliah pada hari Rabu (4 Ogos 2010) ditangguhkan kerana cikgu perlu menyampaikan ceramah kepada kakitangan Jabatan Agama Islam Johor pada hari tersebut.
Kuliah akan digantikan pada:
HARI JUMAAT (6 OGOS 2010)
MASA: 3.00 PETANG - 5.00 PETANG (2 JAM)

Cikgu mohon maaf atas keadaan ini. Mohon kerjasama daripada pelajar untuk memaklumkan hal ini kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Terima kasih. Harap maklum.