Tuesday, July 6, 2010

KONSEP, MATLAMAT, DAN STRATEGI PELAKSANAAN GERKO

KONSEP GERKO
1) Merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah
2) Boleh dijalankan di dalam & di luar bilik darjah (mengikut kesesuaian)
3) Setiap pelajar harus melibatkan diri

4) Boleh menyediakan pengetahuan & pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani & pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif
(Dengan andaian pelajar tidak akan mendapat pengalaman tertentu jika hanya berada di
dalam bilik darjah sahaja)
5) Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan yang aktif daripada semua pihak (pelajar, masyarakat, pendidik) adalah perlu.
6) Ini berasaskan anggapan :
- Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara

perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani & rohani)
- Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
- Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri
- Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat
dan
negara
- Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik
murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan


MATLAMAT GERKO
@ Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
@ Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah murid
@ Mengukuhkan interaksi & integrasi di kalangan murid dalam GERKO yang mereka ceburi
@ Memberi pengukuhan & pengayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta meluaskan pengetahuan & pengalaman murid dalam bidang tertentu

@ Meningkatkan minat, bakat & kemahiran murid dalam GERKO yang diceburi
@ Merangsang pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan & kesejahteraan diri
@ Meningkatkan tahap disiplin murid melalui penyemaian & pemupukan nilai & sikap positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara

@ Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik & menggembirakan murid
@ Meningkatkan penglibatan kerjasama & sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat

MATLAMAT KOKURIKULUM

1. Menyemai perasaan muhibah, perpaduan, dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda

2. Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar

3. Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal

4. Menanam, memupuk, dan memberikan latihan awal daripada aspek kepimpinan, sahsiah, dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar

5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya, dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan

6. Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani, rohani, dan emosi

7. Mengisi masa lapang dengan berfaedah

8. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum

RINGKASAN MATLAMAT
•Perseimbangan
–Perkembangan mental & sahsiah
•Pengukuhan (Pengayaan)
–Interaksi dan integrasi murid
–Yang dipelajari dalam bilik darjah
•Peningkatan
–Minat, bakat & kemahiran murid
–Disiplin murid
–Suasana sekolah yang lebih menarik
–Penglibatan ibu bapa & masyarakat
•Pengisian
–Masa lapang murid

OBJEKTIF KOKURIKULUM
1. Percaya kepada Tuhan
2. Beradab dan bertatasusila
3. Taat
4. Bertanggungjawab
5. Jujur
6. Dapat mengawal diri dan emosi
7. Tolong-menolong
8. Menjaga kebersihan
9. Kasih sayang
10. Bertimbang rasa dan bertolak ansur
11. Bercita-cita
12. Gembira
13. Mempunyai keyakinan diri dan cekal hati
14. Berfikiran tajam, logik dan rasional
15. Berdikari
16. Kreatif

STRATEGI PELAKSANAAN GERKO/KOKURIKULUM
# Semua pihak bersetuju bahawa kokurikulum sangat penting
# Sehubungan dengan itu, pengurusan kokurikulum yang lebih cekap perlu diberi penekanan supaya kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan

# Pentadbir, pengurus dan guru sekolah perlu merancang GERKO yang dilaksanakan di sekolah
# Keberkesanan pelaksanaan GERKO di sekolah bergantung pada perancangan, strategi pelaksanaan dan penyeliaan yang teliti daripada semua pihak


Memberi
~ Wajaran yang sesuai kepada GERKO supaya kurikulum dan GERKO boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah
~ Penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa


Menambahkan bilangan & mempelbagaikan GERKO
~ Dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai


Melibatkan
~ Murid dari semua kaum untuk tujuan pemupukan perpaduan
~ Murid dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat
~ JBPS, PIBG, guru-guru dan murid-murid dalam perancangan & pelaksanaan GERKO


Merancang dengan teliti
~ GERKO bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki

Merekod dan menilai
~ Kemajuan GERKO yang dijalankan


Mengadakan
~ Pertandingan dengan melibatkan semua murid
~ Penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan


STRATEGI PELAKSANAAN
1. Melantik pegawai sepenuh masa untuk menyelia dan melaksanakan tanggungjawab menguruskan gerak kerja kokurikulum
2. Mengeluarkan arahan, dasar, dan pekeliling dari masa ke masa oleh pihak kementerian
3. Struktur pengurusan kokurikulum dikemaskinikan dengan lebih teratur dan jelas

PERKARA PENTING SEBELUM MERANCANG KOKURIKULUM
1. Mengutamakan aktiviti yang melibatkan penyertaan lebih banyak pelajar
2. Gerak kerja yang pelbagai corak untuk memupuk, melatih, dan mengembangkan bakat yang berkaitan dengan seni suara, lakonan, muzik, kepimpinan, syarahan, dan sebagainya
3. Melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pendidikan di luar ataupun secara tak formal dan bukan formal
4. Melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti yang menyemai penerapan nilai-nilai murni
5. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan serta blueprint tentang sasaran pencapaian bagi setiap jenis dan bidang gerak kerja kokurikulum

STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1. Melibatkan semua pelajar secara aktif
2. Merancang kokurikulum dengan teliti dengan menggunakan Management by Objective (MBO)
3. Mencatat semua gerak kerja kokurikulum dan kemajuan yang dicapai
4. Memberikan penghargaan kepada pelajar
5. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)
6. Melibatkan PIBG, masyarakat setempat dan agensi luar
7. Mengadakan dan mengagihkan peruntukan kewangan sekolah kepada setiap persatuan atau berpandukan aktiviti
8. Berusaha untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti kokurikulum
9. Mewujudkan atau mengemaskan sistem rumah dan mengadakan jadual tahunan kegiatan rumah yang tersusun
10. Mengadakan aktiviti yang boleh disertai oleh ramai pelajar
11. Menghantar guru mengikuti kursus dan latihan
12. Mengadakan pertandingan antara darjah atau tingkatan atau rumah dalam pelbagai aktiviti
13. Mengadakan hari unit beruniform seminggu sekali

6 comments:

jelah said...

minta izin share

Anonymous said...

salam..minta izin nak ambil info kt sni sket ye untuk assingment..syukran

Azlan Shafer said...

salam....minta izin utk share yea...

Anonymous said...

SALAM. MOHON SHARE. TQ

Anonymous said...

salam,mtk izin share

Anonymous said...

Maklumat yg berguna.. Terima kasih..