Monday, July 26, 2010

PENANGGUHAN KULIAH (28 JULAI 2010)

Kuliah pada 28 Julai 2010 (Rabu) terpaksa ditangguhkan kerana cikgu perlu ke Pulau Pinang pada hari tersebut atas urusan rasmi. Cikgu berharap agar pelajar yang mendapat maklumat ini dapat memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Kedua-kedua kelas, iaitu Kelas Pukul 3 dan Kelas Pukul 4 terlibat dalam penangguhan ini. Kelas ini akan digantikan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Cikgu memohon maaf atas kesulitan yang timbul atas penangguhan kuliah ini.

Cikgu mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menghantar e-mel kepada cikgu tentang tugasan individu (surat rasmi). Cikgu akan membalas e-mel tersebut dalam masa yang terdekat ini. Harap bersabar.

Harap maklum.

TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN SURAT RASMI

Pelajar-pelajar Pengurusan Gerko yang dihormati,
Memandangkan Kuliah Pengurusan Gerko pada 28 Julai 2010 terpaksa ditangguhkan, maka penghantaran tugasan individu (surat rasmi) yang sepatutnya dihantar pada 28 Julai 2010 ditunda ke tarikh yang berikut:
Tarikh Baharu: 4 Ogos 2010 (Rabu)

Harap maklum.

CONTOH SURAT RASMI

Pelajar-pelajar Pengurusan Gerko yang dihormati,
Dua contoh surat rasmi telah cikgu masukkan/hantar ke alamat e-mel cikgu. Untuk mendapatkannya, pelajar-pelajar perlu mengambil tindakan yang berikut:
1) layari laman web "yahoo".
2) pilih/klik "yahoo mail".
3) taip/catat (munsyidewan@yahoo.com) pada ruangan alamat e-mel.
4) taip/catat (bahanceramah) pada ruangan kata laluan (password).
5) pada ruangan "inbox", sila pilih tajuk "CONTOH SURAT RASMI" dan di situ, cikgu lampirkan (attachment) bahan tersebut, iaitu contoh surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word.

NOTA 1:
Cikgu berharap agar pelajar dapat memanfaatkan cara ini dengan jujur dan bertanggungjawab kerana cikgu tidak sepatutnya mendedahkan kata laluan e-mel cikgu atas banyak faktor.

NOTA 2:
Contoh surat rasmi ini akan dikeluarkan daripada e-mel cikgu dua minggu lagi. Harap pelajar mengambil tindakan segera.

RANGKA UMUM ISI KANDUNGAN SURAT RASMI

(1) Mengandungi tiga atau empat bahagian maklumat yang berikut:
· Tujuan surat ditulis.
· Maklumat pemberitahuan, iaitu fakta atau keterangan yang hendak diberitahukan kepada penerima surat.
· Maklumat tindakan, iaitu butir tindakan yang perlu diambil oleh penerima surat.
· Maklumat tambahan, iaitu butir tindakan susulan penulis surat sekiranya penerima surat tidak mengambil tindakan seperti yang dikehendaki.
(2) Isi kandungan dikemukakan dalam tiga bahagian, iaitu:
o Pembukaan surat yang mengandungi tajuk dan perenggan pengenalan.
o Badan surat yang mengandungi tujuan surat ditulis, butir-butir yang diberitahukan, butir-butir tindakan oleh penerima, dan butir-butir tindakan susulan penulis surat (jika berkaitan).
o Penutup surat yang mengandungi kenyataan harapan penulis, gesaan untuk mendapatkan jawapan segera, ucapan terima kasih, dan tandatangan penulis bagi pihak organisasi.

FORMAT UMUM SURAT RASMI

Surat rasmi hendaklah ditulis berdasarkan peraturan atau tatacara yang telah ditentukan. Ringkasnya, surat rasmi lazimnya mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:
(1) Kepala surat
(2) Maklumat penerima
(3) Rujukan dan Tarikh
(4) Ungkapan sapaan
(5) Tajuk atau perkara
(6) Isi kandungan atau maksud
(7) Penutup surat
(8) Slogan atau moto
(9) Tandatangan pengirim surat, nama, dan jawatannya
(10) Penerima salinan surat
(11) Tandatangan ringkas pendraf/jurutaip dan nombor rujukan rekod

Monday, July 12, 2010

TUGASAN KUMPULAN (KERTAS KERJA)

TUGASAN KUMPULAN (KERTAS KERJA)
Soalan: Setiap kumpulan diminta menyediakan kertas kerja yang lengkap untuk satu aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab/persatuan, olahraga dan permainan). Aktiviti atau kegiatan tersebut boleh berbentuk lawatan sambil belajar, perkhemahan, forum, seminar, bengkel, kursus kejurulatihan, pertandingan (misalnya pertandingan syarahan, perbahasan, sukan dan permainan). Antara elemen yang perlu diberikan penekanan dalam penyediaan kertas kerja tersebut termasuklah rasional, objektif, sasaran, latar belakang, sumber kewangan/kos, prosedur pelaksanaan, pembentukan jawatankuasa, program tentatif (pengisian), syarat dan peraturan pertandingan, serta aspek-aspek lain yang difikirkan perlu.

Arahan/Panduan Penulisan:
1) Tugasan hendaklah ditaip dengan komputer. Tulisan tangan tidak dibenarkan. Saiz huruf (font) 12 (Times New Roman). Langkau satu setengah (1.5 spacing). Kertas A4. Guna sebelah halaman sahaja.
2) Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya pada 1 September 2010. Kegagalan anda menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah anda.
3) Markah yang diperuntukkan untuk tugasan ini ialah 40 markah, yang meliputi aspek isi kandungan, format, dan penggunaan bahasa.
4) Sila catatkan nama penuh, nombor pendaftaran, dan kelas pengajian pada kulit hadapan tugasan anda. Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 7 – 10 orang pelajar.

TUGASAN INDIVIDU (2)

TUGASAN INDIVIDU 2 (ESEI)
Soalan: Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh daya kepemimpinan. Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.

Arahan/Panduan Penulisan:
1) Tugasan hendaklah ditaip dengan komputer. Tulisan tangan tidak dibenarkan. Saiz huruf (font) 12 (Times New Roman). Langkau satu setengah (1.5 spacing). Kertas A4. Guna sebelah halaman sahaja.
2) Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2010. Kegagalan anda menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah anda.
3) Panjangnya tugasan anda dalam anggaran 150 patah perkataan – 200 patah perkataan.
4) Markah yang diperuntukkan untuk tugasan ini ialah 10 markah, yang meliputi aspek isi, hujahan, pengolahan, dan penggunaan bahasa.
5) Sila catatkan nama penuh, nombor pendaftaran, dan kelas pengajian pada halaman hadapan tugasan anda.

TUGASAN KURSUS INDIVIDU (1)

TUGASAN INDIVIDU 1 (SURAT RASMI)
Soalan: Anda merupakan setiausaha bagi satu persatuan di institusi anda. Persatuan anda bercadang untuk menganjurkan suatu program. Anda ditugaskan untuk menulis surat permohonan kepada Ketua Jabatan untuk menyampaikan hasrat persatuan dan memohon kebenarannya untuk mengadakan program tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.


Arahan/Panduan Penulisan:
1) Tugasan hendaklah ditaip dengan komputer. Tulisan tangan tidak dibenarkan. Saiz huruf (font) 12 (Times New Roman). Langkau sebaris (single spacing). Kertas A4. Guna sebelah halaman sahaja.
2) Tugasan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya pada 28 Julai 2010. Kegagalan anda menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah anda.
3) Markah yang diperuntukkan untuk tugasan ini ialah 10 markah, yang meliputi aspek isi kandungan, format, dan penggunaan bahasa.
4) Sila catatkan nama penuh, nombor pendaftaran, dan kelas pengajian pada halaman belakang tugasan anda.

Tuesday, July 6, 2010

KOMPONEN DAN BIDANG GERKO

Terdapat 3 komponen/Bidang GERKO, iaitu :
1) Sukan (Olahraga dan Permainan)
2) Persatuan / Kelab
3) Unit Beruniform / Pasukan Pakaian Seragam


Bidang Unit Beruniform/Pasukan Pakaian Seragam
~ SR dan SM boleh menubuhkan unit beruniform mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan, personal @ jurulatih dan kemudahan sedia ada di sekolah bagi mengendalikan dan melaksanakan aktiviti setiap unit beruniform


BIDANG UNIT BERUNIFORM/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
1. Kumpulan pengakap (Pengakap kanak-kanak di sekolah rendah; Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Laut di sekolah menengah)
2. Kumpulan Pandu Puteri (Tunas Puteri di sekolah rendah; Pandu Puteri dan Unit Renjer di sekolah menengah)
3. Persatuan Bulan Sabit Merah (Pasukan Link di sekolah rendah; Pasukan Belia di sekolah menengah)
4. Persatuan St. John Ambulan (pasukan SJAM Junior di sekolah rendah; SJAM Kadet di sekolah menengah)
5. Kadet Remaja Sekolah (Tunas Kadet Remaja Sekolah di sekolah rendah; Kadet Remaja Sekolah di sekolah menengah)
6. Puteri Islam
7. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
8. Pasukan Kadet Bomba
9. Pasukan Kadet Polis
10. Band Renjer
11. Bridge Bakti

Persatuan Berasaskan Mata Pelajaran (Akademik)
~ Bertujuan menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
~ Ditubuhkan berdasarkan keperluan sekolah dan kemudahan yang diperoleh.


Persatuan atau Kelab Berasaskan Akademik atau Mata Pelajaran
* Bahasa (BM, BI, BC, BT)
* Sains
* Matematik
* Seni Lukis
* Muzik
* Komputer
* Agama
* Geografi
* Sejarah
* Perdagangan
* Ekonomi

Persatuan Berasaskan Minat, Perkhidmatan, Kecenderungan dan Hobi
~ Bertujuan untuk menarik minat dan memberi ilmu pengetahuan.

* Perpustakaan
* Koperasi
* Pendidikan pengguna
* Koir
* Bimbingan dan kaunseling
* Pembimbing Rakan Sebaya
* Kembara
* Tingkatan Enam
* Seni foto

Bidang Sukan dan Permainan
~ Banyak aktiviti sukan dan permainan boleh dilaksanakan di SR dan SM
~ Boleh berasaskan kepada dua kategori:
# Sukan dan permainan antarabangsa (bola sepak, olahraga)
# Sukan dan permainan tradisional (Wau, Gasing)


* Bola sepak
* Bola jaring
* Olahraga
* Pingpong
* Bola keranjang
* Bola tampar
* Wau
* Sepak takraw
* Gimnastik
* Kriket
* Memanah

KONSEP, MATLAMAT, DAN STRATEGI PELAKSANAAN GERKO

KONSEP GERKO
1) Merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah
2) Boleh dijalankan di dalam & di luar bilik darjah (mengikut kesesuaian)
3) Setiap pelajar harus melibatkan diri

4) Boleh menyediakan pengetahuan & pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani & pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif
(Dengan andaian pelajar tidak akan mendapat pengalaman tertentu jika hanya berada di
dalam bilik darjah sahaja)
5) Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan yang aktif daripada semua pihak (pelajar, masyarakat, pendidik) adalah perlu.
6) Ini berasaskan anggapan :
- Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara

perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani & rohani)
- Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
- Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri
- Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat
dan
negara
- Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik
murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan


MATLAMAT GERKO
@ Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
@ Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah murid
@ Mengukuhkan interaksi & integrasi di kalangan murid dalam GERKO yang mereka ceburi
@ Memberi pengukuhan & pengayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta meluaskan pengetahuan & pengalaman murid dalam bidang tertentu

@ Meningkatkan minat, bakat & kemahiran murid dalam GERKO yang diceburi
@ Merangsang pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan & kesejahteraan diri
@ Meningkatkan tahap disiplin murid melalui penyemaian & pemupukan nilai & sikap positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara

@ Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik & menggembirakan murid
@ Meningkatkan penglibatan kerjasama & sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat

MATLAMAT KOKURIKULUM

1. Menyemai perasaan muhibah, perpaduan, dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda

2. Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar

3. Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal

4. Menanam, memupuk, dan memberikan latihan awal daripada aspek kepimpinan, sahsiah, dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar

5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya, dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan

6. Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani, rohani, dan emosi

7. Mengisi masa lapang dengan berfaedah

8. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum

RINGKASAN MATLAMAT
•Perseimbangan
–Perkembangan mental & sahsiah
•Pengukuhan (Pengayaan)
–Interaksi dan integrasi murid
–Yang dipelajari dalam bilik darjah
•Peningkatan
–Minat, bakat & kemahiran murid
–Disiplin murid
–Suasana sekolah yang lebih menarik
–Penglibatan ibu bapa & masyarakat
•Pengisian
–Masa lapang murid

OBJEKTIF KOKURIKULUM
1. Percaya kepada Tuhan
2. Beradab dan bertatasusila
3. Taat
4. Bertanggungjawab
5. Jujur
6. Dapat mengawal diri dan emosi
7. Tolong-menolong
8. Menjaga kebersihan
9. Kasih sayang
10. Bertimbang rasa dan bertolak ansur
11. Bercita-cita
12. Gembira
13. Mempunyai keyakinan diri dan cekal hati
14. Berfikiran tajam, logik dan rasional
15. Berdikari
16. Kreatif

STRATEGI PELAKSANAAN GERKO/KOKURIKULUM
# Semua pihak bersetuju bahawa kokurikulum sangat penting
# Sehubungan dengan itu, pengurusan kokurikulum yang lebih cekap perlu diberi penekanan supaya kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan

# Pentadbir, pengurus dan guru sekolah perlu merancang GERKO yang dilaksanakan di sekolah
# Keberkesanan pelaksanaan GERKO di sekolah bergantung pada perancangan, strategi pelaksanaan dan penyeliaan yang teliti daripada semua pihak


Memberi
~ Wajaran yang sesuai kepada GERKO supaya kurikulum dan GERKO boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah
~ Penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa


Menambahkan bilangan & mempelbagaikan GERKO
~ Dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai


Melibatkan
~ Murid dari semua kaum untuk tujuan pemupukan perpaduan
~ Murid dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat
~ JBPS, PIBG, guru-guru dan murid-murid dalam perancangan & pelaksanaan GERKO


Merancang dengan teliti
~ GERKO bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki

Merekod dan menilai
~ Kemajuan GERKO yang dijalankan


Mengadakan
~ Pertandingan dengan melibatkan semua murid
~ Penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan


STRATEGI PELAKSANAAN
1. Melantik pegawai sepenuh masa untuk menyelia dan melaksanakan tanggungjawab menguruskan gerak kerja kokurikulum
2. Mengeluarkan arahan, dasar, dan pekeliling dari masa ke masa oleh pihak kementerian
3. Struktur pengurusan kokurikulum dikemaskinikan dengan lebih teratur dan jelas

PERKARA PENTING SEBELUM MERANCANG KOKURIKULUM
1. Mengutamakan aktiviti yang melibatkan penyertaan lebih banyak pelajar
2. Gerak kerja yang pelbagai corak untuk memupuk, melatih, dan mengembangkan bakat yang berkaitan dengan seni suara, lakonan, muzik, kepimpinan, syarahan, dan sebagainya
3. Melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pendidikan di luar ataupun secara tak formal dan bukan formal
4. Melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti yang menyemai penerapan nilai-nilai murni
5. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan serta blueprint tentang sasaran pencapaian bagi setiap jenis dan bidang gerak kerja kokurikulum

STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1. Melibatkan semua pelajar secara aktif
2. Merancang kokurikulum dengan teliti dengan menggunakan Management by Objective (MBO)
3. Mencatat semua gerak kerja kokurikulum dan kemajuan yang dicapai
4. Memberikan penghargaan kepada pelajar
5. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)
6. Melibatkan PIBG, masyarakat setempat dan agensi luar
7. Mengadakan dan mengagihkan peruntukan kewangan sekolah kepada setiap persatuan atau berpandukan aktiviti
8. Berusaha untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti kokurikulum
9. Mewujudkan atau mengemaskan sistem rumah dan mengadakan jadual tahunan kegiatan rumah yang tersusun
10. Mengadakan aktiviti yang boleh disertai oleh ramai pelajar
11. Menghantar guru mengikuti kursus dan latihan
12. Mengadakan pertandingan antara darjah atau tingkatan atau rumah dalam pelbagai aktiviti
13. Mengadakan hari unit beruniform seminggu sekali

PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH

SEKOLAH
~ Sebuah institusi pendidikan
~ Tempat murid/pelajar menerima ilmu
~ Menyediakan aktiviti
~ Menyediakan pengalaman dalam proses P&P


KURIKULUM
~ Aktiviti, proses & isi kandungan P&P yang dilakukan dalam bilik darjah
~ Kadangkala dilaksanakan di luar bilik darjah (seperti m/p Sains, Geografi, Sejarah)
~ Menjurus kepada mata pelajaran akademik


KOKURIKULUM
~ Aktiviti & pengalaman pendidikan yang dilakukan di luar bilik darjah
~ Kadang-kala ada juga yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
~ Berasaskan mata pelajaran akademik dan mata pelajaran bukan akademik
~ Lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung @ tidak formal
~ Lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dsbnya
~ Juga dikenali sebagai kurikulum tersembunyi


1) Pada asasnya, GERKO merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini
2) Mengikut Md. Aris Mansor (1985), GERKO merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan

3) Beberapa jenis persatuan unit beruniform mempunyai kurikulum yang kemas kini dan sistematik/terancang, misalnya Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, dan St. John Ambulans.

4) Kurikulumnya dikenali sebagai kurikulum kokurikulum. Matlamat dalam kokurikulum adalah untuk berjaya dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Unit beruniform menyediakan kurikulum hingga peringkat atau tahap tertentu, misalnya Sijil Pandu Puteri Raja.

5) Kurikulum dan Kokurikulum ini saling melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek JERI selaras dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita.

6) Aktiviti GERKO telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini (sejak zaman penjajahan British lagi)
7) GERKO diberi penekanan oleh KPM seperti yang terkandung dalam surat arahan School Course of Studies Regulations 1956 dan Pindaan Tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961, No. 552)

8) Pada tahun 1985, mata pelajaran kokurikulum diajar dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan di sekolah rendah.

PERANCANGAN PELAJARAN/SUKATAN PELAJARAN

MINGGU 1
* Pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
* Konsep dan matlamat
* Strategi dan komponen
MINGGU 2
* Penubuhan unit-unit Gerko (Persatuan, Permainan, dan Unit Uniform)
* Perlembagaan dan peraturan
* Carta organisasi dan bidang tugas
MINGGU 3
* Sistem fail dan surat-menyurat
* Jenis-jenis sistem fail
* Sistem fail yang berkesan
MINGGU 4
* Sistem fail dan surat-menyurat
* Akta dan surat pekeliling ikhtisas
* Peraturan am pelaksanaan kokurikulum
* Penulisan dan format surat rasmi
MINGGU 5
* Pengurusan mesyuarat
* Jenis-jenis mesyuarat
* Peranan pengerusi dan setiausaha
* Minit mesyuarat
MINGGU 6
* Pengurusan mesyuarat
* Mesyuarat jawatankuasa
* Mesyuarat agung
* Mesyuarat luar biasa
MINGGU 7
* Pengelolaan aktiviti
* Jenis-jenis aktiviti
* Perancangan sebelum, semasa, dan selepas
* Kepentingan kertas kerja dan senarai semak
MINGGU 8
* Pengelolaan aktiviti
* Aktiviti perkhemahan
* Aktiviti lawatan
* Aktiviti penganjuran kursus/bengkel/seminar
MINGGU 9
* Pengelolaan pertandingan
* Jenis-jenis pertandingan
* Fasa sebelum, semasa, dan selepas
MINGGU 10
* Pengelolaan pertandingan
* Sistem pertandingan
* Sistem kalah mati
* Sistem liga
* Penganjuran aktiviti sukan
MINGGU 11
* Pengurusan kewangan
* Sumber kewangan
* Peraturan mengutip wang
* Peranan bendahari
MINGGU 12
* Pengurusan kewangan
* Rekod inventori
* Penyata kira-kira
MINGGU 13
* Pengurusan majlis rasmi
* Konsep protokol dan etiket sosial
* Anugerah darjah kebesaran
MINGGU 14
* Pengurusan majlis rasmi
* Pengendalian majlis rasmi
* Susunan keutamaan

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kegiatan gerak kerja kokurikulum dalam pelbagai aspek, meliputi konsep dan matlamat penubuhan unit gerak kerja kokurikulum, komponen-komponen dan juga pengelolaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum.
Pendedahan kepada sistem fail dan surat mesyuarat, pengurusan mesyuarat, pengelolaan pertandingan, pengurusan kewangan, dan pengurusan majlis rasmi dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran yang berguna kepada para pelajar semasa mereka melaksanakan gerak kerja kokurikulum di sekolah dan institut.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan gerak kerja kokurikulum di sekolah/institusi
2. Merancang dan melantik ahli jawatankuasa pertandingan unit-unit gerak kerja kokurikulum
3. Menerangkan cara pengelolaan pertandingan semasa menguruskan gerak kerja kokurikulum
4. Meningkatkan dan mengaplikasikan pengetahuan pengurusan kewangan dan pengendalian majlis rasmi dalam semua gerak kerja kokurikulum

OBJEKTIF KURSUS

1. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang aspek penubuhan dan organisasi gerak kerja kokurikulum di sekolah/institusi
2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang Pengurusan GERKO daripada aspek pengelolaan pertandingan, urusan kewangan, dan majlis rasmi semasa mengendalikan gerak kerka kokurikulum di sekolah/institusi
3. Mengaplikasikan kemahiran pengelolaan pertandingan, urusan kewangan, dan majlis rasmi semasa mengendalikan gerak kerja kokurikulum

SALAM SILATURAHIM

SALAM SILATURAHIM.
CIKGU BERHARAP AGAR KURSUS PENGURUSAN GERKO INI AKAN MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKALIAN.

CIKGU MENDOAKAN SEMUA PELAJAR AKAN SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN DAN RAHMAT ALLAH SWT.

CIKGU AKAN BERUSAHA UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI KURSUS INI. SELAMAT BELAJAR!

Azhar Salleh,
Pensyarah Pengurusan Gerko (DPG 1011)
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)